MAKLUMAT SUBJEK

Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah satu bidang pengajian yang
merangkumi pelbagai bidang khususnya komunikasi dan sistem komputer.
TMK merupakan teknologi yang digunakan untuk memproses maklumat,
khasnya dalam penggunaan komputer, peranti komunikasi dan perisian
aplikasi untuk menukar, menyimpan, melindungi, memproses, menghantar dan
mendapat kembali maklumat pada bila-bila masa dan di mana juga. Maka,
kurikulum ini memberikan fokus kepada pengetahuan penggunaan perisian
dan perkakasan dalam menangani kepelbagaian maklumat. Oleh sebab bidang
ini sangat dinamik, skop bagi mata pelajaran ini akan seiring dengan
kepesatan pembangunan dan inovasi dalam TMK.

MATLAMAT

Matlamat kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi di peringkat sekolah
adalah untuk menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi membolehkan mereka
menyelesaikan masalah serta membuat keputusan dalam kehidupan seharian
berdasarkan tingkah laku positif dan nilai-nilai murni, juga dapat melahirkan
individu yang prihatin, dinamik dan progresif dengan budaya TMK yang
menghargai pengetahuan dan etika ke arah bangsa yang mempunyai
kemajuan teknologi.

KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN

Sukatan pelajaran TMK terdiri daripada enam (6) bidang pembelajaran iaitu:

  1.  Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Masyarakat 
  2.  Sistem Komputer 
  3.  Rangkaian Komputer dan Komunikasi 
  4.  Multimedia 
  5.  Pengaturcaraan 
  6.  Sistem Maklumat 



No comments:

Post a Comment