BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Berikut adalah antara jenis-jenis media massa beserta contoh dan fungsinya :

1.    Media Cetak
Media Cetak adalah media yang terdiri dari lembaran kertas yang tertulis dengan sejumlah kata, kalimat, gambar, dan wacana yang ditata rapi serta berisikan berbagai macam informasi-informasi, ilmu pengetahuan dan teknologi, hiburan, tips, lapangan pekerjaan, bisnis, aspirasi, opini, promosi dan juga mengenai kejadian di dalam dan luar negara.
CONTOH :
Surat kabar
Fungsinya :
   1.   Publishing the news (menerbitkan/menyiarkan berita/informasi).
   2.   Commeting On the news (memberikan komentar terhadap suatu 
        berita/informasi).
   3.   Entertaining Readers (menghibur pembaca).
   4.   Helping Readers (tips untuk pembaca bagaimana cara melakukan 
        sesuatu). 

2.    Media Elektronik
Media Elektronik adalah sarana komunikasi yang mempergunakan peralatan elektronik sebagai perantara dalam penyampaian informasi.

CONTOH

1.   Televisyen
Fungsi :
1. Sebagai sarana memperoleh informasi aktual dan faktual.
2. Sebagai sarana hiburan seperti tontonan film, musik, dan humor.
3. Sebagai sarana menyampaikan pendapat dan berbagi.
4. Sebagai media belajar seperti tv education dan program siaran pendidikan.
 2. Komputer
     Fungsi :
1.    Sebagai alat mempermudah kerja.
2.    Sebagai alat Komunikasi.
3.    Sebagai Alat Hiburan.
4.    Sebagai Alat Pendidikan.
5.    Sebagai Alat Informasi.

3. Handphone
  Fungsi :
  1.     Sebagai alat hitung (menggantikan kalkulator).
  2.     Sebagai alat bantu menterjemah bahasa secara digital.
  3.     Sebagai alat bimbingan siswa.
  4.     Sebagai alat mengambil gambar/foto untuk bahan belajar.

4. Tablet
Fungsi
1.    Boleh melihat email
2.    Boleh melakukan pencarian on-line
3.    Merakam podcast. Sementara kebanyakan sekolah di daerah tak mampu memberikan komputer untuk tiap murid. Ponsel menjadi salah satu alternative.
4.    Para guru boleh membuat blog (web log, catatan di situ) menggunakan ponsel. 
5.    Para siswa bisa mencari informasi pembelajaran di internet menggunakan ponsel.

4. Internet
Fungsi :
1.    Memperluas Wawasan dan Ilmu pengetahuan.
2. Sebagai sumber tambahan Pelajaran Yang belum di mengerti di Sekolah.
3.   Melatih Siswa Supaya Mengetahui Cara-cara Penggunaan Komputer.
4.    Sebagai Sarana Komunikasi.

5. Papan Tulis
Fungsi :
Sebagai media pembelajaran yang menggunakan titik-titik, garis-garis, gambar-gambar, tulisan-tulisan, atau simbul visual.


SUMBANGAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

      Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja. Hjetland (1995) menyatakan bahawa “Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified ”. Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran dan pembelajaran.

       Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan sistem Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) ini, terdapat banyak kebaikannya. Antaranya kita akan dapat berfikiran secara terancang dan dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan, aktif dan bermutu.

         Selain daripada itu, ianya juga terdapat perisian yang boleh kita gunakan dalam pengajaran kita. Perisian ini mempunyai nota, soalan dan ulangkaji yang membolehkan murid-murid berinteraksi secara langsung dengan komputer. Kaedah ini boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar bagi sesetengah guru yang juga boleh digunakan sebagai pengganti guru semasa guru tiada dalam kelas.

          Teknologi maklumat dan komunikasi juga boleh digunakan untuk merangsang minda murid supaya lebih segar dan sentiasa memberikan tumpuan sepanjang proses pembelajaran. Di samping itu, penggunaan ini juga boleh melibatkan internet. Dengan adanya internet, guru dan murid boleh menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara terus-menerus.

         Sejak perlaksanaan teknologi di sekolah sejak beberapa tahun yang lalu, terdapat beberapa perubahan yang dapat dilihat dengan jelas kepada pelajar dan guru-guru di sekolah yang betul-betul menggunapakai teknologi di sekolah. Lebih-lebih lagi peningkatan dalam kualiti dan peratus lulus peperiksaan awam. Dengan pengajaran dan ulangkaji telah diselangseli dengan TMK dan didapati penumpuan pelajar lebih dan mereka lebih memberi perhatian sehingga di saat terakhir pengajaran.

          Apabila guru-guru mengunakan teknologi di dalam pengajaran mereka, pelajar ternyata lebih memberi penumpuan dan lebih memahami tajuk tersebut. Sebagai contoh, di dalam pengajaran Matematik, dengan menggunakan perisian yang dibekalkan dan didapati pelajar lebih seronok untuk belajar kemungkinan disebabkan ada audio, video dan grafik yang menarik berbanding guru yang menggunakan papan hitam sahaja (‘chalk and talk’ method).

        Dengan penggunaan kemudahan komputer yang kini telah disediakan oleh kementerian pendidikan hampir di setiap sekolah, pendidik akan dapat menggunakannya dengan lebih cemerlang. Pendidik haruslah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang melibatkan penggunaan makmal komputer. Selain daripada itu, pendidik juga boleh menggunakan pelbagai perisian komputer berkaitan pendidikan yang kini mudah didapati di pasaran.

          Sepanjang proses pengajaran sebagai contoh bagi subjek sains, penggunaan teknologi amatlah berguna. Ini kerana ianya boleh melibatkan murid secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, murid juga akan dapat berinteraksi dengan guru lebih kerap untuk mendapatkan maklumat mengenai apa yang diajarkan. Oleh yang demikian penggunaan teknologi amatlah berguna kepada para pendidik sekarang. 

No comments:

Post a Comment