Sunday, 20 April 2014

KESAN POSITIF PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM BIDANG PENDIDIKAN





         Pertama, penggunaan teknologi dalam pendidikan sememangnya boleh mendapat perhatian daripada pelajar dan memudahkan mereka menyerap ilmu yang disampaikan oleh seseorang pengajar. Pada masa kini, boleh dikatakan peralatan teknologi seperti komputer telah menjadi sebahagian daripada kehidupan generasi muda. Oleh itu, penggunaannya dalam bidang pendidikan dapat menjamin hasil yang memuaskan. Hal ini kerana penyampaian dapat dipersembahkan dalam bentuk visual yang menarik, animasi, 3D dengan suara yang dapat menarik perhatian pelajar terutamanya pelajar sekolah rendah. Ia juga dapat meringankan beban pelajar yang terpaksa mengalas beg yang penuh dengan buku ke sekolah sekiranya dapat digantikan dengan hanya beberapa keping CD-ROM pada masa hadapan.


           Dari segi penjimatan kos pula, kos untuk mencetak buku dapat dijimatkan. Untuk memenuhi keperluan pelajar supaya setiap daripada mereka mendapat pinjaman buku teks, kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang agak tinggi untuk mencetak buku teks tersebut. Dengan adanya teknologi, kerajaan dapat menjimatkan banyak kos sebab proses pembelajaran dapat dijalankan tanpa buku. Hal ini juga dapat mengurangkan penebangan pokok-pokok untuk membuat kertas. Dengan perlaksanaan pendidikan jarak jauh, ia dapat menjimatkan kos pembinaan universiti dan infrastrukturnya. Program ini memanfaatkan infrastruktur sedia ada di tempat yang lengkap dengan keperluan asas seperti kemudahan komputer dan internet. Pelajar hanya perlu pergi ke pusat tersebut pada hujung minggu untuk berbincang dengan pensyarah tentang khusus yang diikuti. Oleh itu, pelajar tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk kos pengangkutan dan tempat kediaman kerana mereka tidak perlu menghadiri kuliah di universiti.



              Penggunaan teknologi dalam pendidikan juga dapat menjimatkan masa pelajar dan memupuk sikap suka membaca dalam kalangan pelajar. Dengan adanya teknologi, apa-apa maklumat dapat diperoleh dengan mudah hanya dengan satu klik pada tetikus. Berbanding dengan pelajar pada masa lalu yang terpaksa mencari maklumat dengan cara manual dan bahan bercetak hanyalah satu-satunya harapan untuk mereka memperoleh maklumat yang diingini, pelajar sekarang mempunyai kelebihan dengan adanya kemudahan internet. Hal ini kerana selain daripada bahan bercetak, pelajar juga dapat memperoleh maklumat yang diingini melalui internet dengan cepat. Penggunaan media elektronik juga dapat meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar. Sebagai bukti, untuk membolehkan kita mengikuti perkembangan semasa dan menimba ilmu pengetahuan melalui internet, kita perlu membaca. Segala maklumat yang dipaparkan melalui laman web adalah dalam bentuk tulisan dan untuk mengetahui maklumat tersebut, kita perlu mahir membaca. Secara tidak langsung, ia dapat memupuk sikap membaca dalam kalangan mereka.



 Dengan adanya teknologi yang canggih, segala tugas dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul. Sebagai contoh, proses mencari maklumat, menyelesaikan tugasan yang diberi oleh pengajar dan lain-lain lagi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ini merupakan kebaikan daripada perkembangan teknologi. Adanya teknologi multimedia menjadi semakin menarik kerana teknologi ini baru diperkenalkan pada tahun 1990-an walaupun sebelumnya sistem CAL (Computer Aided Learning) dan hiperteks masih terbatas dalam media yang terpisah-pisah belum digabungkan seperti multimedia yang memiliki makna gabungan pelbagai media; teks, suara imej, animasi dan video dalam satu perisian (Jacobs, 1992).



Menurut Evans dan Nation (2000), penggunaan inovasi teknologi baru termasuk internet telah banyak memberi sumbangan dalam pendidikan dan diantaranya adalah menyediakan peluang untuk penambahbaikan mutu pendidikan (Oliver and Short, 1997), menyokong untuk memenuhi kehendak individu dalam program pendidikan (Kennedy and McNaught,1997) dan menyediakan peluang untuk belajar dengan lebih luas dalam konteks sumber asli (Laffley, Tupper, and Musser, 1998).



Menurut Lowe (2002) pula, pelajar mendapat pembelajaran secara talian merupakan satu kaedah yang menyenangkan pembelajaran mereka. Melalui pembelajaran ini, pelajar boleh belajar di mana sahaja dan pada masa yang dipilih oleh pelajar itu sendiri. Hal ini membolehkan pelajar tersebut dapat menguruskan masanya dengan lebih efektif dan pada masa yang sama ia melibatkan penggunaan kos secara efektif. Pembelajaran secara interaktif melalui talian membolehkan pelajar menerokai maklumat baru menerusi perpustakaan digital ataupun di laman web. Apabila semakin banyak teknologi diperkenalkan dalam bidang pendidikan, pendidikan jarak jauh menyediakan satu cara untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global. Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui internet. Internet merupakan khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan.

Sunday, 13 April 2014

Tompok hitam di belakang mata







Deria penglihatan antara anugerah yang tidak ternilai dan tanpanya, hidup akan menjadi gelap gelita. Kehilangan penglihatan bukan saja satu perkara yang sangat menggerunkan, bahkan ia menuntut perubahan besar gaya hidup.
Apabila perkataan ­diabetes diungkapkan, ramai lebih cenderung me­ngaitkan penyakit itu ­dengan gangren yang boleh mengakibatkan kaki pesakit dipotong sekiranya paras gula tidak dikawal.
Namun ramai tidak me­nyedari sebenarnya diabetes juga boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan jantung, juga hilang penglihatan buat selama-lamanya.

Hampir 15,000 hingga 39,000 pesakit berusia antara 25 hingga 74 tahun kehilangan penglihatan akibat diabetes setiap tahun di seluruh dunia akibat kerosakan jangka panjang pada retina mereka.
Apa yang menyedihkan, keadaan itu sebenarnya boleh dihalang kerana diabetes adalah penyakit yang boleh dielak, dirawat dan dikawal menerusi diet yang betul, senaman dan pemantauan secara konsisten.

Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan yang dijalankan pada 2011 mendedahkan 20.8 peratus rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun dan ke atas menghidap diabetes manakala 15.2 peratus mula menghidap diabetes pada usia 18 tahun dan ke atas.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjang­kakan Malaysia bakal mencatatkan seramai 2.48 juta penghidap diabetes menjelang 2030.

Bagaimanapun, kajian yang dijalankan di negara ini mendapati Malaysia sudah memiliki lebih ramai pesakit diabetes iaitu kira-kira 3.6 juta dan ini bukanlah satu pencapaian yang boleh dibanggakan!

Ia diakui satu angka yang sungguh menakut­kan terutama kepada kerajaan sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penarikan semula subsidi gula sebanyak 34 sen bermula 26 Oktober 2013 ketika pembentangan belanjawan 2014, dalam usaha mendidik rakyat untuk mengurang­kan gula dalam diet mereka.

Diabetes boleh meng­akibatkan berlakunya ­komplikasi pada salur darah retina di mata dikenali sebagai retinopati diabetik.
Ia terjadi apabila salur darah halus yang menyalurkan oksigen ke bahagian tisu sensitif cahaya di belakang mata iaitu retina mengalami kerosakan akibat kandungan gula dalam darah yang ting­gi dalam tempoh panjang sehingga mengubah struktur salur darah ­hingga tersumbat atau bocor.

Pakar Oftalmologi dan Perubatan Retina Pusat Perubatan Sunway, Dr Tara Mary George berkata, majoriti pesakit yang menghidap diabetes selama 10 tahun atau lebih akan mengalami retinopati walaupun tidak me­ngalami sebarang simptom.
Katanya, ia juga bergantung kepada pengurusan diabetes sama ada terkawal ataupun tidak. Sekiranya tidak dijaga dengan baik, ia pasti akan mengubah struktur salur darah di bahagian mata.

“Bagi kes diabetes yang teruk dan tidak dikawal langsung, kerosakan pada mata boleh berlaku dalam tempoh yang cukup sing­kat iaitu dua tahun. Bagi diabetes terkawal, kesihatan mata akan dapat diteruskan seperti biasa.

“Sasaran pakar perubatan adalah mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan yang terbaik atau sekurang-kurangnya mengelak ia daripada terus merosot. Kerosakan itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana ia berlaku di bahagian belakang mata,” katanya pada sesi makan malam dalam gelap bersama media di restoran Dining in The Dark, anjuran Pusat Perubatan Sunway, baru-baru ini dalam usaha memupuk kesedaran penjagaan mata.

Pada awalnya, retinopati tidak menunjukkan sebarang simptom namun apabila ia sudah sampai kemuncaknya, seseorang boleh menjadi buta. Ini kerana salur darah yang pecah menutup retina sehing­ga ia tidak dapat melihat.

Pada peringkat genting, penglihatan akan dipenuhi dengan tompok hitam, pandangan kabur atau imej menjadi herot. Pengesanan awal mampu menyelamatkan penglihatan namun sekiranya dibiarkan, seseorang akan menjadi buta.

Dr Tara berkata, seseorang yang mengalami diabetes perlu segera bertemu pakar untuk menjalani pemeriksaan mata ­supaya sebarang perubahan struktur dalam mata dapat dikesan awal, seterusnya menyelamatkan penglihatan mereka.

“Lebih lama seseorang mengalami diabetes, lebih tinggi risikonya untuk mendapat retinopati. Oleh itu, mereka yang sudah me­ngalami diabetes selama 10 tahun atau lebih, perlu segera membuat pemeriksaan mata.

“Mereka juga perlu tahu diabetes memberi kesan kepada seluruh organ dan sekiranya buah pinggang mereka mengalami komplikasi akibat diabetes, maka mata mereka pun akan terjejas. Ini disebabkan oksigen tidak dapat sampai ke mata,” katanya.

Menurutnya, biarpun sudah berada pada tahap kritikal, ada rawatan yang boleh diberikan seperti laser dan suntikan bagi memberikan penglihatan terkawal kepada penghidapnya.

PROGRAM BIG 2014 (IPG KDRI)





Program Bina Insan Guru (BIG) telah diadakan selama tiga hari iaitu pada 26, 27 dan 28 Mac 2014 bertempat di Kem Tebu View, Setiu, Terengganu. Program Bina Insan Guru ini telah diadakan buat kali pertama bagi kumpulan DPLI J-QAF ambilan Januari 2013.
 Program Bina Insan Guru ini telah dijalankan pada semester ketiga pengajian, iaitu selepas tiga hari menghadiri kuliah bagi semester ketiga. Progam ini dwajibkan hadir bagi kumpulan DPLI J-QAF PAI 1, PAI 2, PAI 3, BA 1 dan BA 2, termasuk sekali dengan pelajar yang mengandung dan dalam pantang bersalin. 
Saya merupakan ahli kumpulan PAI 3 dan ini merupakan pengalaman saya yang pertama menghadiri program Bina Insan Guru. 

Antara matlamat dan objektif program Bina Insan Guru ini ialah untuk memberi peluang kepada guru pelatih supaya dapat:
1.Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza.
2. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti
3. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.
4. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.
5. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.
6. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
7. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spritual) dan sosial.
8. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.
9. Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM BINA INSAN GURU(BIG)


Taklimat semasa mula-mula sampai ke Kem Tebu View


 Taklimat cara pemakaian Jaket Keselamatan (Buoya Aids)


Mempelajari teknik-teknik pemakaian jaket keselamatan (Buoya Aids)


 Bergambar di air sungai di KemTebu View bersama pensyarah


 Gambar diambil di air terjun Lata Belatan bersama pelajar perempuan kumpulan PAI 3



Semasa aktiviti menanda cek point bagi bacaan kompas


 Pertandingan masakan rimba

Monday, 24 March 2014

SELAMAT BERINTERAKSI

25 Mac 2014

Interaksi kedua DPLI j-QAF telah membina blog pengajaran untuk subjek pengkhususan Teknologi Pengajaran (TPK2102W) di IPGKDRI
Mari kita sama-sama hayati qasidah dan berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad (saw)